Tuesday, May 20, 2014

Mandanda Kecewa


BERITA ARENA 

Paris: Penjaga gol Perancis, Steve Mandanda terpaksa diketepikan daripada kempen Piala Dunia selepas mengalami kecederaan leher pada aksi terakhir Ligue 1, Sabtu lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu yang diletakkan sebagai pilihan kedua di belakang kapten Hugo Lloris, retak tulang leher ketika beraksi untuk Marseille.

Mandanda mengesahkan penarikan dirinya menerusi Twitter. “Dengan rasa dukacita, saya mengumumkan tidak akan mengambil bahagian di Piala Dunia.” Tempatnya mungkin digantikan penjaga gawang St Etienne, Stephane Ruffier, 27.

Mandanda yang pernah beraksi 16 kali buat negaranya, cedera di leher selepas terkena lutut pemain Guingamp, Mustapha Yatabare.


Steven Mandanda

Marseille tewas perlawanan terakhir liga 1-0 di tangan Guingamp.

Perancis diundi dalam Kumpulan E yang akan memulakan aksi pada 12 Jun.

Mereka bakal berdepan Honduras pada 15 Jun sebelum bertemu Ecuador dan Switzerland. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/20

No comments:

Post a Comment