Thursday, May 22, 2014

Permit Tak Laku


BULETIN SETEMPAT

Oleh Nor Zeera Mohammad
.................................................................................................................

Kuala Lumpur: Seorang wanita dan juga majikan kini bimbang keselamatannya diancam selepas dia diperdaya seorang ejen membabitkan kerugian sebanyak RM156,000 dalam urusan membuat permit kerja untuk pekerjanya yang terdiri daripada warga asing yang mahu bekerja di negara ini.


Khairunnisa Abdullah, 56, berkata, dia membuat sebanyak 73 Permit Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Permit 6P) untuk pekerjanya pada Julai tahun lalu melalui seorang ejen yang mendakwa dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Pada mulanya semua berjalan lancar kerana ejen ini yang juga seorang kakitangan KDN menunjukkan segala dokumen dan resit, malah permit juga dikeluarkan tanpa sebarang masalah sebaik sejumlah RM156,000 dibayar.

“Namun, masalah mula timbul apabila dua daripada pekerja saya ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di Ipoh selepas mendapati permit yang dikeluarkan ejen itu tidak sah dan tidak diiktiraf,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.


Beliau berkata, dia kemudian pergi membuat semakan ke Pejabat Imigresen di Putrajaya, namun mendapati semua permit yang dipohonnya itu tiada dalam sistem pihak Jabatan Imigresen.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/22

No comments:

Post a Comment