BERITA SETEMPAT
Oleh Asmah Rusman
.................................................................................................................
Kuala Lumpur: Seorang jururawat lelaki sebuah hospital dikesan melakukan kesalahan serius apabila menyediakan khidmat suntikan kolagen secara terbuka kepada orang ramai di bazar malam.
Malah, lelaki berusia 20-an itu turut dikesan menjalankan perniagaan menjual kosmetik beracun dan tidak berdaftar kepada orang ramai.
Lelaki terbabit yang juga pemilik lima premis perniagaan dikenal pasti mengenakan bayaran serendah RM130 bagi setiap suntikan kolagen ditawarkan kepada pelanggan berbanding lebih RM1,000 di pusat kecantikan berdaftar.
Kegiatan itu terbongkar selepas premisnya diserbu anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) Khamis lalu hasil aduan dan maklumat awam mengenai kegiatan itu jam 11 malam kelmarin.
Serbuan diketuai Ketua Penguat kuasa Farmasi Asniza Alias bersama 30 anggota selepas pihak CPFKL melakukan risikan selama dua minggu.
Sekadar gambar hiasan
Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azaruddin Azis berkata, pemilik premis itu dikatakan membayar sewa tapak bazar RM9,000 sebulan.
“Pemeriksaan mendapati semua premis milik lelaki terbabit menjual pelbagai produk dipercayai mengandungi racun Sibutramine selain sebahagiannya tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya merampas 60 jenis produk kosmetik berbahaya dan tidak berdaftar bernilai lebih RM40,000.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/21

No comments:
Post a Comment