BERITA UTAMA
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fadly Samsudin
.................................................................................................................
Petaling Jaya: Ketika bahang Piala Dunia 2014 semakin membara, jersi tiruan pasukan bola sepak yang bertanding pada kejohanan di Rio, Brazil itu mula membanjiri pasaran Malaysia.
Ia terbukti apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas lebih 5,000 jersi pelbagai pasukan dalam satu operasi di sebuah premis di Taman Petaling Utama di sini, semalam.
Dibawa masuk secara haram dari China dan Bangladesh, peniaga tempatan yang menjual jersi itu bakal mendapat untung berlipat ganda kerana ia dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga sepatutnya.
Difahamkan pihak sindiket membeli sehelai jersi tiruan itu pada harga semurah RM2 sebelum dijual kepada pengedar tempatan pada harga RM8, namun ia dijual dengan harga antara RM30 hingga RM60.
Jersi bola tiruan yang dirampas dari sebuah premis di Taman Petaling Utama, semalam.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang berkata, sudah menjadi kebiasaan sindiket terbabit mengambil kesempatan daripada ‘demam’ Piala Dunia untuk memasarkan jersi tiruan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23
No comments:
Post a Comment